Saturday 21 April 2012

Kumpulan Gay & Bisexual (Lgbt) Berkomplot Dengan Pelajar Demo Dataran Merdeka!!


Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah mendedahkan kewujudan sebuah NGO bernama ILGA yang telah memfailkan petisyen di mahkamah bagi menuntut supaya perkahwinan sejenis dibenarkan atas nama hak asasi.

"ILGA dan Majlis Peguam bersungguh untuk failkannya sekali lagi mengenai perkahwinan sejenis ini, harus dihalalkan di negara kita,” dakwa Azwanddin sambil diiringi laungan “Tangkap Ambiga” oleh hadirin.

Beliau turut mendedah terdapat sebanyak 21 kes pada 2012 dan 18 kes pada 2011 kes hubungan sejenis termasuk guru dan pelajar.

Beliau juga mendakwa terdapat sebuah institut di negara ini dapat dana daripada George Soros yang didakwanya bertujuan untuk “mempromosi” seks bebas dan gerakan LGBT.Mungkin turut berhimpun 28 April

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Karim mendakwa pembangkang mendalangi kumpulan mahasiswa dan LGBT yang berkumpul di Dataran Merdeka.

"Pembangkang berada di belakang mereka. Siapa di belakang pembangkang? Amerika Syarikat.

"Siapa di belakang Amerika Syarikat? Yahudi laknatullah,” katanya sambil diiringi dengan laungan “Bangsat Yahudi”.

Dalam sidang media selepas itu, beliau akan membuat laporan polis kepada Institut Geothe yang didakwanya menerima dana daripada George Soros.

Beliau mendakwa pihaknya mempunyai bukti bahawa institut itu didakwa membiayai aktiviti kepada rangkaian individu dan kumpulan tertentu selepas membuat risikan selama empat bulan.

"Kita mempunyai dokumen lengkap (berhubung perkara itu).Kita akan dedahkan Isnin ini,” katanya.Sehubungan, pihaknya akan membuat laporan polis pada Isnin ini, jam 2 petang di IPD Dang Wangi.

Beliau juga berkata “mungkin” akan membuat himpunan yang sama sebagai bantahan kepada BERSIH pada 28 April ini di salah sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment