Saturday 21 April 2012

Kebodohan : Melayu, Peneroka & Pakatan Rakyat.



Terkilan dengan keputusan EGM KPF dan menteliti org org melayu terutama peneroka dan Pemimpin Pakatan rakyat Terutama PAS Khususnya. semalam, maka berlakulah EGM KPF yang telah 2 kali cuba dihalang dan digagalkan oleh Mazlan Aliman, Peneroka dan anak anak peneroka yang sedar dan faham akan bahaya serta berisikonya Penyenaraian Felda Globa Venture Holding ke Bursa Malaysia.
Penyenaraian ini melibatkan Tanah tanah yang diusahakan oleh Felda Plantation yang berkeluasan hampir 1 juta ekar, Merupakan satu peleburan yang melibatkan keluasan tanah terbesar dalam dunia. antara saki baki tanah milik penuh bumi putera yang bakal tergadai dengan penyenaraian ini. Pelbagai usaha daripada sesi penerangan sehingga dibawa kesuhakam, SPRM dan mahkamah untuk menghalangnya, namun ... Akhirnya , kerana ketamakan, kebodohan, kecuaian, para pemimpin PR dan Peneroka serta org melayu itu sendiri, menyebabkan Penyenaraian ini hampir terlaksana.
90%, perwakilan lebih dari 1000 org dalam EGM Semalam menyokong penyenaraiaan ini tampa memikirkan impak dan kesan jangka panjang , bukan sahaja terhadap peneroka, malahan org melayu dan negara ini sendiri. Usaha usaha mazlan aliman yang bergerak hampir seorang diri keseluruh negara ke pelosok ceruk Felda untuk menyedarkan peneroka menemui kegagalan yang amat mendukacitakan.

Pemimpin pemimpin PR yang ada hanya sekadar memberi sokongan dari belakang tampa turut serta memberi penerangan dan kerjasama untuk menyelamatkan ratusan ribu ekar tanah tanah yang bakal tergadai, dan wang berbillion ringgit milik KPF yang bakal dijadikan umpan untuk PRU 13 ini. Sedangkan ramai daripada pemimpin pemimpin PR ini bakal bertanding di kawasan kawasan yang mengandungi Felda didalamnya. kesilapan besar ini amat memalukan dan mengecewakan ramai org org melayu dan peneroka yang masih sedar akan nasib malang yang bakal menimpa mereka

kebangsatan, sebahagian besar org melayu yang meminggirkan isu ini hanya kerana mereka bukanlah warga felda, dan menghukum peneroka sebagai golongan yang bodoh dan tidak perlu dibantu menyebabkan Peneroka yang sememangnya benar bodoh ini terus terpinggir dari mengetahui hakikat sebanar akan risiko yang bakal mereka tangung.

Ketamakan dan kebodohan peneroka itu sendiri yang hanya memikirkan janji binatang PM soal durian runtuk membutakan mata hati mereka terhadap kebenaran dan bahaya yang bakal mereka tanggung.

bakal berulang cerita pak kaduk yang terliur akan ayam raja yang bakal menggadaikan kampung halaman mereka sendiri, dan membuang melayu terus terpelosok dalam jurang kesempitan hidup.....

Para agamawan yang terkeliru tidak pernah sedar antara masalah yang menjauhkan masyarakat dari agama adalah kerana kemiskinan dan kesempitan hidup hanya memandang sepi terhadap permasalahan ekonomi masyarakat dan hanya mengharapkan masyarakat itu datang menjengah masjid dan surau surau tempat mereka berdakwah.

tinggallah bodoh dan malang melayu itu bertimpa-timpa untuk sekian kalinya ... tahniah atas tidakan anda semua,
Biarkan Mazlan Aliman bersendirian bermimpi untuk melihat org melayu dan Peneroka khususnya sedar dari mimpi bodoh yang panjang ini ... 

No comments:

Post a Comment