Sunday, 22 April 2012

Tibai Dapat Dana Kerajaan Rm300 Juta!!!



Kalau dengan puak - puak Pakatan Pembangkang, dah tentu ayat macam tu yang akan keluar. Sebab sebelum ni pun diorang suka buat benda yang sama.

Pantang lepa sikit. Kalau kena kat batang hidung sendiri, orang lain semuanya salah. Semuanya tak betul. Yang betulnya diorang je.

Maka keluar la dakwaan dan tuduhan macam ni dengan tujuan untuk memburukkan imej mereka. Kata la yang diorang ni dapat dana dan duit tajaan.

Hakikatnya mudah. Kalau apa yang diorang ni kata semuanya tak betul dan fitnah belaka, saman je. Jangan cakap banyak!!! Setakat cakap je buat apa!!!

KUALA LUMPUR - Kelab menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai, dilancarkan secara rasmi hari ini dengan pemimpinnya bertekad mahu mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kelab itu dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapan pendahuluannya, Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong Anwar, Ketua Umum PKR, dengan tertubuhnya Tibai, yang membawa maksud gasak, hentam atau bantai.

"Saya tidak gentar dengan ugutan dan hentaman oleh penyokong Anwar walaupun menerima kecaman dan hentaman di Facebook dan Twitter," katanya.


Muhammad Zahid berkata, matlamat kelab ini untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada PRU13 akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan kesediaan untuk bertanding melawan Anwar di kerusi Permatang Pauh pada PRU13.

Anwar memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya kecil Ogos 2008.

"Jika Perdana Menteri memberikan peluang untuk saya bertanding di sana, saya sedia untuk berdepan dengan Anwar," katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.

No comments:

Post a Comment