DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan
pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran
Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal dalam memulakan
langkah ke arah itu.
Antaranya ialah cadangan memberikan
pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang berada di bawah
pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal
dilaksanakan pada September nanti.
Terbaru, penulis mendapat
maklumat bahawa kerajaan Selangor akan memulakan fasa kedua program
pendidikan percuma kepada semua rakyat ini dengan membayar kembali wang
pinjaman PTPTN kepada semua bekas peminjam rakyat Selangor yang telah
menyelesaikan pinjaman masing-masing setakat hujung tahun 2011.
Semua
bekas peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN
Pejabat Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan
keterangan lanjut dan mendaftarkan diri ke dalam program ini.
Penulis
melihat, maklumat ini adalah satu berita yang mengukuhkan lagi
intergriti kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang prihatin
dengan kebajikan rakyat Selangor keseluruhannya.
Walaupun penulis
tahu banyak pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan negeri
melaksanakan program pendidikan percuma ini, tapi ternyata berita
seumpama ini telah berjaya melenyapkan semua keraguan tersebut.
Simpanan
yang tinggi dan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari
tahun ke tahun adalah petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri
membiayai program pendidikan percuma ini tanpa terlebih dahulu menunggu
kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan.
Pulangan
hasil kutipan cukai, lanjutan dari kemasukan pelaburan masuk asing
(FDI) mencecah RM 5 billion pada tahun lepas juga dijangka akan
mengukuhkan lagi kewangan kerajaan negeri untuk membiayai program
tersebut.
Tambahan pula, kerajaan Selangor baru sahaja menerima
pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke atas pengambil
alihan tanah bagi tujuan pembangunan Putrajaya.
Penulis yakin,
kejayaan program ini nanti, ditambah dengan pendidikan percuma di dua
institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang penulis sebutkan
di atas, akan memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di
Selangor.
No comments:
Post a Comment