Thursday, 26 April 2012

Wajib Baca!! Transkrip Penuh Debat #ElectoralReform Antara @KhairyKJ Dan @Ambiga_S. #KJvsAmbiga #Bersih3



Berikut adalah transkrip penuh sepanjang debat antara Khairy Jamaluddin dan Ambiga Sreenevasan :

Before the battle
Three days to the scheduled Bersih gathering and The Malay Mail has organised the second installation of Spark the Debate featuring Bersih 3.0 co-chair Datuk Ambiga Sreenevasan and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.
Yayasan Orator CEO Muhammad Yunus Zakariah will be moderating tonight's event entitled 'Electoral Reform: Is enough being done?' at The Club@Bukit Utama, Bukit Utama Golf Course in Bandar Utama.

7.30pm - Guests arrive at The Club, filling up the empty seats very quickly. A long queue is outside as guests patiently file up for registration.

7.50pm - Ambiga has arrived and we are awaiting KJ's arrival.

7.57pm - Almost full house and guests are still walking in. Quite a number wearing yellow t-shirts.

8.11pm - Seats are all taken up and some lucky ones who managed to get into the hall are standing at the back just so they won't miss out on the action.

8.16pm - Khairy has arrived. The entrance doors have been closed and News Editor Ahmad Najmuddin Najib takes the mic to ask the attendees to take a seat.

8.18pm - UStream feed and The Malay Mail website may be experiencing slow feed because online traffic to both websites are at its peak.

8.19pm - Ahmad Najmuddin makes announcement that both speakers are making their way to the hall.

8.22pm - Crowd gives a big round of applause to both speakers as they make their way in.

8.24pm - Ahmad Najmuddin welcomes everyone with a little background of Spark the Debate. As he introduces the speakers, the crowd responds as if to compete in how loud they are and who they support.

8.27pm - Managing Editor Terence Fernandez says a few words saying "we are all friends ... Good evening friends". The Malay Mail was turned away by many who were uncomfortable with subject of debate, Fernandez says. Thanks the crowd for supporting this cause and staking "your claim as Malaysians who care a d***".

8.34pm - Crowd outside still wanting to come in the hall but because the hall is full, they are turned down. 

8.38pm - Moderator Muhammad Yunus is introduced 

8,40pm - A little bit of a comedy moment as both speakers take their positions at the podium

8.40pm :- 
Ambiga : Neither the PM nor Bersih 2.0 is going to get there in the 13th GE (clean electoral roll). Ong Kian Ming's three-month research is just the tip of the iceberg - uncovering 10 things wrong with the electoral roll.
8.42pm - Some of the points she raised in Ong's research are more than 1,000 voters are aged 100 and above. 15,855 voters whose IC numbers indicate a different gender than EC's roll. Shows that a possibility that a person of a different gender registered to use the IC. There is much speculation that non-Malaysians given citizenships and hence voting rights. Cases highlighted under the 10 categories looked at covers 100,000 cases. Ong did another piece of research that shows 3.1 million voters whose IC addresses shows different constituency in which the voter is actually voting in. "Someone's IC shows he is voter of A constituency but he's voting in B constituency". Information was given to EC by NRD in the year 2002 and the EC has done nothing about it. 65,000 foreigners were found in electoral roll and people who have been removed or added. EC seems to be giving the impression only 42,000 doubtful voters. When they downplay it saying "it's a small number" it is a highly irresponsible statement. PSC did not even scratch the problem. EC also never raised them with the PSC. I would have thought that the EC would have had full disclosure with the PSC with these. Postal voters is another big issue. It is vulnerable to election rigging. There has been cases of ballots being sold - also a problem with postal voting. In Sibu by-election - postal votes made the difference. PSC did not study this issue. Our quarrel with PSC is that they didn't study the issue of security. To date we haven't seen any regulation for Parliament laid by the EC in relation to these. Overseas voters (last point). How can we deprive people of their right to vote because of logistics?! 

#Bersih3 Dipatahkan Oleh Ketua Pemuda UMNO!! Tahniah @KhairyKJ !!!



Jika tidak kerana penyokong-penyokongnya menguasai dewan Kelab Bukit Utama,dekat Kuala Lumpur Rabu malam , Datuk S.Ambiga boleh malu apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya 'screw' bos Bersih 3.0 itu dalam debat mereka berhubung pembaharuan sistem pilihan raya.

Sebagai peguam dan pernah menerajui Majlis Peguam, Ambiga hanya mampu berhujah cari segala hal kecil dan remeh untuk menyalahkan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dan mendesak pilihanraya ditangguhkan selagi proses membersihkan senarai pemilih gagal dilaksanakan.

Selain menuntut kesemua lapan cadangan hasil perhimpunan haram Bersih 2.0 tahun lalu, Ambiga turut membangkitkan penyalahgunaan kad pengenalan berkaitan gender dan alamat.

Isu undi pos turut dijadikan modal namun Khairy yang tampil cool sepanjang debat cukup bersedia dengan maklumat dan angka-angka bagi mematahkan hujah serta tuduhan Ambiga terhadap SPR.

Lagu lama mengkritik SPR oleh Ambiga hanya dapat sokongan pengikut beliau yang menguasai dewan kelab.Sewaktu majlis dibuka kepada penonton bertanya, beberapa orang pengikut Bersih menguasai soalan.

Malah, satu ketika seorang daripada mereka merampas mikrofon kerana mahu bertanya lebih panjang sedangkan masa diperuntukkan cuma 30 saat sahaja.

Daripada kira-kira 1,500 penonton dengan kira-kira 200 orang di luar dewan yang mengikuti debat satu sentengah jam itu menerusi skrin besar, hampir 1,000 orang adalah penyokong Ambiga.

Walaupun diasak pelbagai soalan, Khairy dapat menjawab dengan fakta dan angka menyebabkan Ambiga dan mereka yang bertanya terpaksa akur bahawa dakwaan mereka terhadap SPR bukan semuanya tepat.

Ambiga juga tidak ada point baru selepas Khairy berjaya mematahkan hujah dan dakwaannya terutama isu kira-kira 42,000 pengundi yang belum dapat dibersihkan SPR dan isu undi pos.

Menariknya, Khairy mempelawa Ambiga berjumpa dan berbincang dengan SPR bukannya dan membuat macam-macam dakwaan terhadap suruhanjaya itu menerusi sidang media sahaja.

Walaupun, pada awalnya Ambiga berkeras menyalahkan dan menyatakan rasa tidak percayanya kepada SPR, Khairy dapat menyakinkan peguam itu untuk berjumpa dan berbincang dengan SPR.

Ditemui Agendadaily selepas debat itu, Khairy berkata, debat itu berjaya membuat Ambiga mengakui bahawa pendiriannya tidak mempercayai SPR, ‘lebur’ dengan debat malam tadi.

“Akhirnya beliau mengakui dan sedia duduk bersama dengan SPR. Ini satu kemajuan yang dia mengakui bahawa pendirian beliau yang tidak percaya pada SPR dan minta pegawai SPR letak jawatan adalah tidak munasabah,” katanya.

Katanya, rakyat dan penyokong tahu bahawa semua angka disebuat Bersih tidak boleh ditelan bulat-bulat kerana ada penjelasan yang semua harus dengar terlebih dahulu.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna kedegilan Bersih 3.0 mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka juga pada Sabtu ini batal dengan pendirian lembut Ambiga terhadap SPR.

Ambiga menegaskan Bersih 3.0 tetap ke Dataran Merdeka walaupun di tawarkan lokasi baru di Stadium Merdeka.

Beliau beri alasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru memaklumkan lokasi itu sedangkan perhimpunan itu hanya tinggal dua hari sahaja lagi.

Kononnya jika tukar lokasi ia akan mengelirukan mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu.

Barangkali kerana kedegilan itu juga, Ambiga terpaksa merah telinga ketika mahu meninggalkan majlis itu apabila bergema jeritan TIBAI...TIBAI...TIBAI oleh beberapa penonton yang mungkin juga nak lepas geram kerana memikirkan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 hanya mainan politik pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebab itu ketika debat Khairy berkata, ianya bukan soal Stadium Merdeka atau Dataran Merdeka tetapi soal pilihanraya yang adil dan bersih.

Beliau tidak mempersoalkan hak Ambiga dan Bersih membangkitkan isu berkaitan SPR, tetapi adalah tidak wajar katanya rakyat diheret sama di jalanan sedangkan kerajaan masih meneruskan reformasi bagi penambahbaikkan sistem pilihan raya di negara ini.

Hakikatnya malam tadi menyaksikan Ambiga hanya menang sorak sebaliknya Khairy walaupun batuk-batuk masih mampu berhujah dengan berjaya dan mematahkan pandangan buruk Ambiga dan Bersih terhadap SPR selama ini. 

PANASS... TPM Cabar Lim Guan Eng Dicabar Buktikan Sumbangannya Terhadap Pulau Pinang..




Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Ketua Menteri Lim Guan Eng membuktikan dakwaan kononnya beliau telah membangunkan negeri ini sejak mengambil alih tampuk pemerintahan di Pulau Pinang.


Katanya, dakwaan Guan Eng kononnya telah membawa pelaburan asing adalah satu pembohongan kerana usaha membawa pelabur asing tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sumbangan kerajaan Pusat menerusi Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa serta agensi-agensinya.


"Dia (Guan Eng) kata selepas sebulan menjadi Ketua Menteri telah membawa pelaburan sejumlah yang besar, jadi saya mahu beliau buktikan dakwaan itu kerana semua itu adalah hasil kerajaan pusat dan kerajaan terdahulu.


"Apa yang ada sekarang ini di Pulau Pinang juga adalah sumbangan kerajaan terdahulu, kita juga mahu tahu apa yang beliau telah sumbangkan terutama dalam membantu kos sara hidup rakyat di negeri ini yang semakin meningkat," katanya semasa berucap pada Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru di sini hari ini.


Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow, Pengerusi MCA negeri Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan pemimpin komponen parti BN.


Muhyiddin berkata Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya "menengek" dengan apa yang telah diusahakan dan dilaksanakan di negeri ini.


"Beliau "menengek" sahaja, buat sikit-sikit sahaja okeylah kerana semua sudah ada," katanya.


Katanya kerajaan Pusat telah memberi sumbangan kepada rakyat Pulau Pinang lebih daripada apa yang diberikan oleh kerajaan negeri.


"Kalau kerajaan negeri beri RM100, kita (kerajaan pusat) telah beri lebih daripada itu," katanya.


Sehubungan itu, beliau mengesa rakyat Pulau Pinang untuk melihat masa depan yang lebih baik dan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.


Beliau meminta pengundi kawasan Parlimen Bayan Baru mengembalikan kawasan Parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen itu kepada BN demi kebaikan dan masa depan mereka. - utusan

Bloggers Pembangkang Tak Dapat Bayaran??? Ketandusan Idea???



Jelas Blogger Pembangkang dah ketandusan idea untuk mencelar imej YAB Perdana Menteri yang disayangi rakyat Malaysia kerana usaha dan kerajinan yang gigih beliau memberikan yang terbaik untuk rakyat. Melalui program transformasi beliau dalam Gagasan 1Malaysia yang mana Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan itu kita telah dibuktikan oleh YAB PM sendiri bagaimana beliau bekerja keras siang malam dalam mengepalai transformasi itu sendiri. Lihat sahaja hasil-hasilnya yang kita telah mula nikmati walaupun baru 4 tahun beliau di pertanggung-jawabkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Lihat pula selama 4 tahun Negeri yang jatuh ke tangan pembangkang apa hasil dan kejayaan yang boleh mereka banggakan?

Jadi kerana tiada isu yang boleh dimainkan oleh blogger pembangkang berhubung dengan gerak kerja Perdana Menteri kita maka mereka terpaksa menyerang dan fitnah jahat atas peribadi beliau hingga kan isu selendang pun hendak dipertikaikan. Sampai sama ada Dato' Seri Najib Tun Razak tahu bunga silat ker tidak, pernah belajar silat ker tidak pun nak dijadikan isu? Kenapa beri anugerah serta gelaran Laksamana Negara kepada beliau kononnya beliau satu bunga silat pun tidak pandai? Kalau inilah isu yang mereka ada untuk menyakinkan rakyat untuk bersama Pakatan Rakyat baik hentikan lah rakyat bukan bodoh, rakyat bukan kisah kalau Dato' Seri Najib belajar silat atau tidak? Mereka melihat usaha Dato' Seri Najib mengutamakan Rakyat hinggakan Budaya dan Persilatan turut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia kerana anak-anak silat dan pendekar ini pun adalah rakyat Malaysia. Oleh kerana pembelaan dan perhatian yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam membela dan mengembalikan kemasyhuran alam persilatan itu lah beliau diberikan anugerah tersebut. Atas Jasa dan sumbangan beliau kepada dunia persilatan negara lah Beliau dianugerahkan dengan anugerah Laksamana Negara tersebut. Itu yang rakyat mahu melihat dan itu sebab kenapa Anugerah itu diberikan kepada beliau. Bukan kerana beliau pandai bersilat atau pernah belajar silat atau tidak?  

Apa Amenoworld tulis..

Cuma yang tak boleh blah tue ialah bila masa tah dia jadi pesilat apa seme.. ek? Tahu2 jek dapat anugerah apa seme. Senang betul dapat gelaran laksamana negara walaupun satu apa langkah silat dia taktahu. Patutlah dulu2 ada orang marah bila ummi dapat anugerah srikandi. Orang lain yang bersusah payah pertahankan silat orang lain pula yang senang2 dapat gelaran.

Nie nak tanya puak depa sikit. Habis tu Nuar tu bila masa dia belajar ekonomi, apa kemahiran dia dalam ekonomi? Sebab dia lah Malaysia nyaris-nyaris bankrap dan berhutang 7 keturunan sebab nyaris ambik pinjaman IMF dulu masa kegawatan ekonomi tu kalau tidak tentangan Tun M yang bijaksana. Setakat lulusan Sastera dalam Pengajian Melayu layak ker jadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor tu tidak pulak dia orang pertikaikan? Sekurang-kurangnya YAB PM hanya membawa gelaran Laksamana Negara bukan jawatan jadi "No Harm Done" setakat gelaran nak bagi gelaran Panglima ker Bendahara Diraja ker itu hanya gelaran. Tetapi Anwar tu diberi jawatan yang mana beliau boleh membuat keputusan yang ala-ala arahan dalam bentuk nasihat yang perlu di patuhi lah kan. Mana lagi teruk akibatnya kalau beri gelaran sahaja kepada orang yg tidak arif atau beri jawatan kepada orang yang tidak arif? Ini depa tak pula pertikaikan ya...

Mana depa tahu Dato' Seri Najib tidak pernah belajar silat. Orang yang hebat dalam persilatan ini kalau belajar pun dia tak cakap dia belajar.  dia hebat pun dia tak cakap dia hebat...Lagi dia tunduk lagi dia berisi....
Anwar pun belajar bersilat apa...tak percaya tengok gambar ni..


Itu belum lagi gambar "bersilat".....tuuutttt

Mahasiswa Di Dataran Di Beri Amaran Oleh "Mahasilat"???



Semalam satu lagi demonstrasi yang telah mewarnai sejarah tanahair. Satu lagi demonstrasi diadakan oleh anak-anak muda. Demonstrasi ini bukan demonstrasi haram yang dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswa di Dataran Merdeka bagi memansuhkan pinjaman PTPTN itu. Apa anak muda kita di Malaysia ini tiada benda lain ker asyik nak berdemo jer. Tetapi Demo yang ini MNK sokong dan MNK pasti pembaca semua sokong dan tentu suka malah patut merasa bangga ada anak muda kita yang berdemo sebegini.

Demo kali ini ialah Demo yang dilakukan bukan oleh kumpulan mahasiswa-mahasiswa tetapi oleh "mahasilat-mahasilat". Anak-anak muda yang berpegang teguh kepada adat susila dan peradaban melayu dan kesopanan budi bahasa orang Melayu. Mereka ini adalah anak-anak silat, pendekar-pendekar dan pahlawan muda dari seluruh negeri berhimpun semalam bagi menyatakan taat setia dan sokongan tidak berbelah bagi kepada pimpinan negara Dato' Seri Najib Tun Razak yang mana telah turut hadir ke perhimpunan ini. Bersesuaian dengan pengiktirafan oleh YAB Dato Seri Najib kepada pendekar dan pesilat-pesilat tanahair selaku benteng pertahanan ketiga negara, maka ribuan persilat telah berhimpun dan beikrar akan taat dan setia kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. 

Pada peringkat awalnya mereka akan mengempur Dataran Merdeka bagi tujuan berhimpun ini tetapi Datuk Bandar tidak  membenarkan perhimpunan ini diadakan di Dataran Merdeka kerana jumlah yang dijangka hadir begitu ramai yang mewakili kesemua persatuan dan pertubuhan silat dalam negara yang bernaung dibawah PESAKA dan juga beberapa Pertubuhan dan Persatuan yang berdiri sendiri. Jumlah di anggarkan hingga 18-20 ribu orang persilat dan turut hadir juga beberapa  Badan Ngo memenuhi Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras ini. 

Dalam ucapan Presiden Pesaka Datuk Seri Ali Rustam beliau menyatakan bahawa kita pada awalnya hendak mengadakan himpunan ini di Dataran Merdeka tetapi tidak dibenarkan oleh Datuk Bandar. Kalau saya yang Ketua Menteri ini pun boleh akur dan patuh kepada arahan DBKL dan berpindah lokasi ke Stadium ini mengapa pihak sana tidak boleh laksanakan perkara yang sama?


Bayangkan kalau mereka ini berdegil dan turut berhimpun di Dataran Merdeka sebelah-sebelah Mahasewel itu? Konon atas alasan demokrasi "mahasilat-mahasilat" ini juga hendak hak mereka untuk berdemo di Dataran Merdeka dilayani. Pasti selesai masalah mahasewel-mahasewel yang tak nak balik-balik ke rumah masing-masing. Kenapa mahasewel boleh buat di Dataran Merdeka tetapi mahasilat tak boleh? Namun "mahasilat" akur kerana mereka ini berpegang kepada rukun negara Kesopanan dan Kesusilaan serta patuh pada undang-undang perlembagaan negara.

Mereka ini patuh dan taat pada pemimpin negara dalam mendukung perlembagaan negara. Jati diri yang tinggi membuat mereka ini berdisiplin dan beradab serta pekerti mulia. Menjaga tatasusila anak muda melayu. Ingat salah satu tanda anda orang melayu didalam perlembagaan ialah mengamalkan budaya Melayu. Jadi mahasewel itu semua bukan orang melayu agaknya kerana bukan budaya melayu tinggal berdua-duaan atau bersekedudukan bukan muhrim didalam rumah atau khemah seperti suami isteri. Bukan budaya melayu tidur berdua-duaan dikhalayak ramai tanpa rasa segan silu. Bukan budaya melayu berlaku biadab kepada pemimpin negara. Jadi kalau mereka ini tidak lagi mengamalkan budaya Melayu seperti dalam perlembagaan maka mereka ini bukan lah Melayu cuma beragama Islam. Tapi tengok perangai pun dah tak macam orang Islam juga. Jadi siapa mereka ini? Jawapannya mereka lah mahasiswa alaf baru bernama mahasewel......

Nak tengok video Klik sini

Jadi mana yang lebih baik anak muda bersama Barisan Nasional seperti mahasilat ini atau anak muda bersama Pakatan Rakyat seperti mahasewel ini???  Budaya yang mana ingin kita wariskan kepada anak cucu kita? Budaya jati diri melayu dan Islam seperti perhimpunan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur ini oleh pesilat atau budaya LGBT Seks Bebas dan Seksuality Merdeka seperti perhimpunan di Dataran Merdeka ini oleh mahasiswa yang bersama Pakatan Rakyat ini? Anda menilai dan jangan sekali salah membuat keputusan pada PRU 13 nanti. Nasib anak bangsa di tangan anda. Anda bandingkan lah kedua video dan gambar diatas dan keputusan di tangan anda....

"Malam Pendekar" Dato' Seri NAJIB Bergelar LAKSAMANA Negara !!!


YAB PM Ibarat Hang Tuah bersama 4 Sahabatnya.

 Semalam 25/04/2012 Satu Majlis Perhimpunan Pesilat-pesilat dan pendekar-pendekar tanahair dibawah PESAKA dan Pertubuhan Badan Berdiri telah diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras. Di Majlis Perhimpunan ini juga PESAKA buat julung kalinya memberikan penganugerahan PESAKA telah disempurnakan.  Anugerah yang pertama diberikan oleh PESAKA ini  iaitu Anugerah Tertinggi dalam alam persilatan yang membawa gelaran Laksamana Negara telah dianugerahkan kepada Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Bermakna beliau menjadi khalifah kepada semua pesilat-pesilat di tanahair. Sudah pasti sebagai khalifah apa arahan dan tuntutan beliau kepada pesilat akan dipatuhi dan akur kepada arahan khalifah dunia persilatan tanahair ini.

 
YAB PM di anugerahkan Anugerah Laksamana Negara oleh PESAKA.
 
Dalam ucapan perasmian, beliau telah pun mengeluarkan satu arahan pertama beliau selaku Laksamana Negara kepada semua pesilat dan pendekar tanahair iaitu kerana kuasa kita berdasarkan prinsip Demokrasi Berparlimen maka kekuatan yang ditunjukkan ini dihadapan saya ini ribuan pendekar dan pesilat negara berkumpul tidak akan memberi makna apa apa sekiranya ia tidak diterjemaah kepada kita dalam mengekalkan kuasa penuh kerajaan ditangan kita didalam PRU13 nanti. Maka kita haruslah menterjemaahkan kekuatan pesilat dan pendekar ini kepada kertas undi dan kita mengundi Barisan Nasional iaitu Kerajaan yang ada sekarang ini. Boleh atau tidak??? Bergema satu stadium sorakan padu ribuan persilat dan pendekar negara dengan begitu semangat dan kuat sekali...... BOLEH!!!!


Mereka bukan saja melaungkan perkataan "Boleh" dan memberi jaminan kepada Laksamana Negara malam tadi tetapi didalam Perhimpunan ini juga satu lafaz sumpah ikrar pendekar telah dilafazkan oleh kesemua pesilat-pesilat dan pendekar-pendekar yang hadir dimana lafaz sumpah ikrar itu telah diketuai oleh Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan juga Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak. Pemuda-pemuda UMNO Gombak pasti merasa bangga dengan penghormatan ini dan sudah pasti tauladan yang baik ini akan dicontohi oleh Pemuda UMNO Gombak. Semangat ini juga akan ditanam dan disemai dalam mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional di Gombak khususnya oleh Pemuda UMNO Gombak.


Note MNK: Mahasewel ingat ini baru pendekar dan pesilat tanahair, kalau digabungkan dengan Pemuda UMNO pulak berdemo kat dataran merdeka tu...hmmm . Lu fikir lah sendiri...bak kata Nabil


Sunday, 22 April 2012

[VIDEO] Zarina Anjoulie Rela Beraksi Panas Jika Dibayar..?


“Itu lagi teruk tak berbayar, mana lebih hina ? Saya pergi sana dapat RM10 000, banding dengan artis-artis yang pergi tepi pool tu tak berbayar. Pada saya, itu lebih hina.”
Itulah jawapan Zarina Anjoulie dalam sebuah program baru dari NTV7 berjudul Bilik 7, yang telah membongkarkan sisi peribadi artis baru-baru ini.
Dalam video yang berdurasi 19 minit yang dihoskan oleh Richie Rachman itu, Zarina telah dilemparkan perlbagai soalan panas termasuk isu-isu pergaduhannya bersama selebriti di Twitter.


Antara isu menarik, Zarina Anjoulie telah membandingkan kontroversi gambar seksi photoshootnya dengan aksi sesetengah artis yang sanggup bergambar di tepi kolam dalam keadaan yang lebih seksi.


Bagi gua, apakah dengan hanya beralasan dibayar.., seseorang artis tu 'halal' mendedahkan apa yang tak sepatutnya kepada umum? Come on lah beb.., duit bukan segalanya!!